JOM SEMAK MAKANAN UNTUK JAGA RAHIM

picture1.jpg
Kaum Wanita Patut Amalkan 10 Jenis Makanan Ini Untuk Jaga Rahim, Ini Untuk Jangka Masa Panjang!

 

JOM SEMAK MAKANAN UNTUK JAGA RAHIM

1. Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin.

2. Ambil makanan atau minuman seperti nasi atau susu (rendah lemak) dan keju (perlu dielakkan oleh penghidap hipertensi, buah pinggang, hiperkolesterolemia dan gangguan pembuluh darah).

3. Pengambilan susu perlu diseimbangkan dengan pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, brokoli, epal, tauhu dan tempe.

4. Banyakkan pengambilan makanan bersumber vitamin C terutama buah-buahan segar yang dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium atau pun magnesium.

5. Kekacang juga turut menyumbang vitamin B kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduksi serta mengaktifkan hormon kelamin. Vitamin B kompleks terdapat dalam roti, kentang, sayuran berdaun hijau, ikan, hati, susu dan telur.

6. Buah nenas diantara makanan paling bagus untuk jaga rahim sebab mengandungi enjim bromalin dan selain itu sila makan buah betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.

7. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

8. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

9. Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain.

10. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

Jadi bagi menjaga rahim, anda patut mengamalkan pemakanan yang sihat seperti yang dinyatakan.

Semoga bermanfaat!

Dipetik drp sumber

Berminat untuk mendapatkan  Produk Shaklee?
Jom dapatkannya dari pengedar Shaklee.
Hubungi saya melalui whatsapp/sms di talian 011-3188 6162
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

FREE ULTRASOUND SCAN

download.jpg
Berminat utk menyertai sesi FREESCAN??

Kenapa FREE?
Free…mmg xperlu nak bayar apa2 (free hanya utk sesi scan je yea).
Kebiasaannya FREESCAN ni ada tujuan tertentu spt:
-PROMOSI pembukaan klinik,
-Doc yg ingin test machine scan baru
-Utk berlatih buat scan
-Medical c/up yg dianjurkan dgn pakej2 tertentu.

Kat mana?
Ampang
Setiap mgg ada dianjurkan di Sonoworld Centre Ampang .
Boleh join group diorang dan mendaftar.
Kat sini mmg Free utk semua jenis scan dan list menunggu sgt panjang dah.
Tatacara nak join diorang:
-Like fb
-Join group Sonoworld: Kesihatan & Kehamilan, baca pinned post dan register mengikut arahan.
-Tunggu inbox drp diorang klau terpilih

Publication3.png

Selain Ampang
Lokasi selain Ampang ada sekali sekala.
Boleh follow fb Mysonores Ultrasound dan Fb page 3D4D5D Mysonores Ultrasound
Terkini utk 15 April 2017 free 4D scan di Port Klang!

17855158_203353653498845_102275767344454616_o.jpg
Sesi di Port Klang Freescan

OsteMatrix™

OsteMatrix™.jpg

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

 

Berminat untuk mendapatkan  Produk Shaklee?
Jom dapatkannya dari pengedar Shaklee.
Hubungi saya melalui whatsapp/sms di talian 011-3188 6162

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

11-13mgg Nuchal Translucency Ultrasound Scan

Penjelasan ringkas mengenai NT Screening
Kaedah melalui u/s scan utk pengesanan awal syndrome Down’s, syndrom Turner, syndrom Edwards(Tri18), syndrom Patau (tri13) dan juga kecacatan kromosom major yg lain. ((triploid syndrome)

Kelebihan NT Scan yg dilakukan pada usia kandungan 11mgg-13mgg dan 6 hari:
-menentukan usia kandungan dgn lebih tepat
-diagnosis awal bg kebanyakkn kecacatan major fetus
-pengesanan awal bg kandungan kembar dan jenis uri (1 uri/ 2 uri/ 1 kantung / 2 kantung)
-terbaru ialah blh mengesan awal wanita yg berisiko tinggi utk mendapat pre eclampsia.

Siapa yg berisiko tinggi???
-ibu yg berusia 35 tahun ke atas mempunyai kadar risiko yg lebih tinggi berbanding ibu2 muda (ibu2 muda juga tidak terkecuali)
-mempunyai sejarah keluarga dgn kecacatan kromosom
-terdedah dgn pekerjaan berisiko tinggi

Apa itu NT?
-NT: ukuran ketebalan cecair di bhgn belakang leher janin pd trimester pertama
(11-13week)
-selain NT, kehadiran nasal bone (tulang hidung) janin juga salah satu soft marker utk ujian ini.

Kenapa hanya digunapakai pd 11mgg +0 hari sehingga 13mgg +6 hari SAHAJA???
-kejadian janin yg jelas terbentuk seawal 11 mgg
-ketepatan dlm pengukuran NT berkurangan slp 13 mgg (xtepat)

-Jika result NT screening adalah HIGH RISK , maka barulah kaedah CVS atau amniosintesis diguna pakai.
Selain itu pengesanan drp ujian darah si ibu juga boleh dilakukan sekitar 15mgg kandungan. (Triple test: sila ruj doktor perubatan anda)

Kaedah biasa yg digunapakai dikebanyakkan doktor pakar ialah:
-ujian serum si ibu (utk melihat kadar risiko janin yg abnormal)
-jika high risk maka akn dilakukan NT Screening
-Jika high risk maka boleh di teruskan dgn amniosintesis atau CVS
-detail scan pada trimester kedua
***Sila rujuk kpd doktor pakar perubatan anda utk penjelasan lanjut***

Siapa yg boleh melakukan ujian NT Screening ini???
-doktor pakar maternal fetal (MFU specialist)
-doktor pakar O&G (sesetghnya)
-Sonographer yg mempunyai lesen utk NT Screening

contoh lesen bagi menjalankan NT Screening

 

 

sumber asal drp FetalMaternalFoundation

Puasa dan Hamil

Puasa dan Hamil

             Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi. Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa di awal kehamilan (trimester pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor-doktor tidak menggalakkan ibu-ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa.

Walau bagaimanpun, tiada satu nasihat yang seragam atau ‘one size fits all’ yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin berpuasa.

Oleh itu, walalupun si ibu merasakan badan mereka ‘ok’, ibu-ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor agar doktor dapat memeriksa keadaan sebenar anda dan keupayaan anda untuk berpuasa.

Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:

  • kencing manis
  • penyakit hati yang tidak berfungsi
  • penyakit bronchial asthma yang teruk
  • tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • kehamilan kembar
  • risiko kelahiran pramatang
  • masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

        Tidak dinafikan ada ibu-ibu hamil yang berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bahagia rasanya dapat menjalani ibadah puasa tanpa ‘gangguan’ daripada ‘kawan baik’ kita yang selalu datang setiap bulan itu.

Tanda-tanda Yang Harus Diberikan Perhatian

          Namun, harus diperhatikan tanda-tanda seperti di bawah ini agar anda dan kandungan anda tidak terjejas disebabkan puasa anda itu. Lagipun, sebagai wanita hamil, anda memang telah diberi lampu hijau dari awal lagi untuk tidak berpuasa.

  • Pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan, segera hubungi doktor anda.
  • Loya atau muntah.
  • Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak/kurang menendang).
  • Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda dehidrasi.
  • Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.
  • Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
  • Sakit kepala atau demam.

Pemakanan Wanita Hamil di Bulan Puasa

       Utamakan memakan makanan yang berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar yang lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.

Banyakkan juga mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar.

Jangan lupa mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.

Lewatkan waktu bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat-saat akhir imsak supaya anda tidak cepat berasa lapar pada siang hari.

Usahakan untuk minum 2 liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak. Minum sedikit-sedikit tetapi kedownloadrap bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

Sumber diperoleh daripada

 https://my.theasianparent.com/selamatkah-berpuasa-ketika-hamil/

Bukit Mahkota – Klinik Mediviron

KLINIK MEDIVIRON BUKIT MAHKOTA 
42 Jalan BM 2/1, Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota,
43000 Kajang, Selangor, Malaysia
+60 3-8923 1109

Pakej ditawarkan:
2D Detail scan
(20-30minggu kandungan)
2D 3D 4D scan
(26-32minggu kandungan)
Abdominal Scan
Pelvic Scan
K.U.B Scan (kidney, urinary bladder)

Sesi setiap SABTU MINGGU Kedua

Hubungi klinik utk booking slot anda!

SR KLINIK MEDIVIRON.png
Pembetulan: 5D scan TIDAK ditawarkan di lokasi ini